MENU

Meningkatkan Semangat Pengukuhan Bekerja Tahun 2012! Itu adalah antara tujuan utama program ini dilangsungkan. Program yang berlangsung bermula dari 19 hingga 20 Januari 2012 ini telah diadakan di padang MPK yang mana ia melibatkan keseluruhan anggota kerja termasuklah di pejabat-pejabat cawangan. Pada 19 Januari telah dilangsungkan aktiviti sukan yang mana semua anggota kerja telah dibahagikan kepada empat asukan.Tujuan penubuhan pasukan ini adalah untuk meningkatkan lagi semangat kerja secara pasukan dan disamping itu ia berupaya mengeratkan lagi hubungan antara anggota kerja. Pada 20 Januari pula, telah berlangsung aktiviti Hari Keluarga MPK.Antara pengisian program ini termasuklah persembahan antara kumpulan dan persembahan dari anggota kerja.

Perarakan masuk pasukan-pasukan yang bertanding untuk Program 1 MPK

Ucapan dan perasmian program oleh Tuan Yang Dipertua MPK

Ikrar oleh semua anggota kerja MPK

Antara sukan yang dipertandingkan pada program ini

Persembahan dari pasukan-pasukan yang bertanding

Penyampaian hadiah oleh Tuan Setiausaha MPK

Last Updated: Wednesday, 11 December 2019 - 2:37pm