MENU

Kursus Budaya Mengetahui Fasa Kedua telah dilangsungkan pada 3 Mac 2012. Seramai 44 kakitangan Majlis yang terdiri dari pada Kumpulan Sokongan dan Profesional mengikuti kursus yang diadakan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Penceramah –penceramah kursus terdiri dari Penasihat Undang-Undang, Pengarah Jabatan Bangunan, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Pelesenan, Penolong Pengarah Pelesenan, Penolong Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta dan Ketua Unit OSC. Apa yang menjadikan kursus ini unik adalah, pada setiap sesi ceramah akan diikuti dengan peperiksaan untuk para peserta yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap kefahaman para peserta. Ini selaras dengan hasrat Tuan Yang Dipertua iaitu untuk melahirkan warga kerja Majlis Perbandaran Kangar yang benar-benar memahami dan mengetahui peranan, tugas dan tanggungjawab MPK serta menyebarkan maklumat yang tepat berkaitan MPK kepada orang ramai. Pada setiap peperiksaan, mana-mana peserta kursus yang didapati gagal dalam peperiksaan ini, akan diwajibkan untuk mengambil peperiksaan semula sehingga lulus. Pihak Majlis juga mempunyai Lembaga Peperiksaan di mana semua soalan-soalan yang bakal dijawab oleh para peserta akan ditapis oleh Bank Soalan terlebih dahulu.

Ucapan aluan dari Tuan Setiausaha sebelum kursus bermula
Ucapan aluan dari Tuan Setiausaha sebelum kursus bermula
Para penceramah yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedang menyampaikan taklimat kursus kepada para pesertaPara penceramah yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedang menyampaikan taklimat kursus kepada para peserta

Last Updated: Wednesday, 11 December 2019 - 2:37pm