MENU

KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

PADANG SIDING ,PAUH, PERLIS

PADA 11 FEBRUARI 2014

Pada masa kini, negeri Perlis mengalami cuaca yang sangat panas. Akibat dari cuaca panas yang berlarutan tanpa hujan yang turun sehingga bulan Februari ini telah mengakibatkan tapak pelupusan sampah di Padang Siding, Pauh terbakar.  Kebakaran pada 11 Februari 2014  yang bermula pada jam 3.45 petang ini disedari oleh pekerja- pekerja di tapak pelupusan tersebut. Menyedari kebakaran tersebut, para pekerja cuba memadamkan sendiri api tersebut menggunakan pam air. Walau bagaimanapun disebabkan kebakaran yang mula merebak dengan cepatnya, mereka gagal untuk memadamkannya sendiri.

Pihak Pasukan Bomba dan Penyelamat telah dihubungi untuk membantu mengawal kebakaran tersebut pada jam 4.00 petang. Operasi pemadaman api ini dijalankan 24 jam bermula dari hari kejadian sehingga 21 Februari 2014. Sepanjang operasi ini dijalankan, pihak Majlis turut menerima bantuan dari pihak MADA dan Kilang Gula Negeri Perlis.  Antara bentuk sumbangan lain yang diterima juga adalah jentera excavator yang dipinjamkan mulai 17 hingga 19 Februari 2014.

Kaedah pemadaman yang digunakan pula adalah kaedah cooling dan total floading. Seterusnya operasi menambun tanah ke atas sampah-sampah yang terbakar juga turut dijalankan. Seramai 53 orang anggota bomba dari tiga balai di negeri Perlis dan 7 orang anggota JPAM terlibat sepanjang operasi ini dijalankan. Jumlah keluasan tapak yang terbakar adalah 13 hektar daripada 50.8 hektar kawasan keseluruhan tapak pelupusan tersebut.

Pihak Majlis merakamkan penghargaan setingi-tinggi kepada semua jabatan, agensi dan individu - individu yang terlibat dalam membantu operasi pemadaman kebakaran ini.

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 11 Disember 2019 - 2:37pm