MENU

KENYATAAN MEDIA

 

Selaras dengan hasrat kerajaan Negeri Perlis bagi membantu meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat, serta menggalakkan lebih ramai generasi TN50 menceburi bidang perniagaan, pihak Majlis Perbandaran Kangar menyambut baik saranan YAB Menteri Besar Perlis iaitu pelaksanaan pengurangan sebanyak 20% ke atas kadar lesen perniagaan kategori penjaja.

Pihak Majlis akan melaksanakan pengurangan ini mulai 1 Februari tahun 2018. Pengurangan sebanyak 20% akan dilaksanakan ke atas lesen kategori penjaja seperti :

  1. Lesen kereta surong
  2. Lesen penjaja bergerak
  3. Meja jualan ikan, daging, ayam proses, sayur, buah-buahan, telur, taufu, rempah ratus, barang kering
  4. Meja jualan makanan dan minuman
  5. Meja jualan pakaian dan lain-lain lesen meja jualan.
  6. Lesen penjaja pasar malam dan pasar sehari
  7. Lesen penganjur pasar malam dan pasar sehari

 

Senarai lesen penjaja yang terlibat dan kadar lesen setelah pengurangan sebanyak 20% adalah seperti berikut :

LESEN

KADAR ASAL (RM) SETAHUN

PENGURANGAN 20% (RM)

KADAR BARU (RM) SETAHUN

Kereta surong

40.00

 

8.00

32.00

Penjaja bergerak

120.00

 

24.00

96.00

Meja Jualan Ikan

40.00

 

8.00

32.00

Meja Jualan Ikan (2 meja)

80.00

16.00

64.00

Meja Jualan Daging

40.00

 

8.00

32.00

Meja Jualan Daging (2 meja)

80.00

16.00

64.00

Meja Jualan Ayam Proses

40.00

8.00

32.00

 

LESEN

KADAR ASAL (RM) SETAHUN

PENGURANGAN 20% (RM)

KADAR BARU (RM) SETAHUN

Meja Jualan Ayam Proses (2 meja)

80.00

16.00

64.00

Meja Jualan Sayur / Buah-buahan / Telur / Taufu

25.00

5.00

20.00

Meja Jualan Sayur / Buah-buahan / Telur / Taufu (2 meja)

50.00

10.00

40.00

Meja Jualan Ikan, Sayur, Buah-Buahan

65.00

13.00

52.00

Meja Jualan Rempah Ratus

25.00

5.00

20.00

Meja Jualan Barang Kering / Buah / Kelapa Parut

65.00

13.00

52.00

Meja Jualan Barang Kering / Ayam / Buah-buahan

65.00

13.00

52.00

Meja Jualan Ikan / Barang Kering / Buah-buahan

65.00

13.00

52.00

Meja Jualan Daging / Barang Kering / Buah

65.00

13.00

52.00

Meja Jualan Kuih Muih

25.00

5.00

20.00

Meja Jualan Makanan Dalam Kedai

25.00

5.00

20.00

Meja Jualan Makanan dan Minuman

40.00

8.00

32.00

Meja Jualan Hasil Laut Yang Dikeringkan

40.00

8.00

32.00

Meja Jualan Daging Khinzir

100.00

20.00

80.00

Meja Jualan Pakaian

60.00

12.00

48.00

 

Lain-Lain Lesen Meja Jualan

40.00

8.00

32.00

Meja Jualan Barang Mainan / Barang Kering / Lain-Lain

65.00

13.00

52.00

 

LESEN

KADAR ASAL (RM) SETAHUN

PENGURANGAN 20% (RM)

KADAR BARU (RM) SETAHUN

Meja Jualan Barang Kering / Buah-buahan

50.00

10.00

40.00

Meja Jualan Barang Hiasan / Barang Kering dan lain-lain (Kawasan Tepi Pasar)

40.00

8.00

32.00

Meja Jualan Sayur / Buah / Telur / Taufu / Barang Kering

50.00

10.00

40.00

Lesen Pasar Malam / Pasar Sehari

25.00

5.00

20.00

Penganjur Pasar Malam

240.00

48.00

192.00

Penganjur Pasar Sehari

240.00

48.00

192.00

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 November 2019 - 11:01am