Budaya Penjawat Awam Negeri Perlis
Berdasarkan nilai-nilai teras dan kembangan Kod Etika ini, penjawat awam hendaklah mengamalkan budaya berikut :
- Sentiasa memelihara integriti diri dengan memaparkan akhlak yang mulia, terpuji dan boleh diteladani.
- Berusaha memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti produk perkhidmatan.
- Menghindar diri dari kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan atau sebab-sebab yang boleh meletakkan diri sebagai penjawat awam dalam keadaan serba salah.
- Berusaha mengutamakan kepentingan negara dan orang awam mengatasi kepentingan sendiri
- Menghormati kepercayaan agama, budaya dan tatasusila semua kaum.