INOVASI YANG DILAKUKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS PERASMIAN PEJABAT CAWANGAN ARAU DAN PROGRAM PRA ZON BERSIH BANDAR ARAU Majlis Perbandaran Kangar sekali lagi mencipta sejarahnya apabila meluaskan empayar perkhidmatannya dengan pembukaan Pejabat Cawangan Arau yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Majlis yang dilangsungkan pada 2 Julai 2011 ini memperlihatkan kesungguhan pihak pengurusan untuk mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri Perlis khususnya. Pada majlis ini juga telah dilancarkan Pra Zon Bersih bagi Bandar Arau yang mana terdapat kawasan-kawasan yang telah diletakkan di dalam kawasan zon bersih. Tujuan yang murni ini amat memerlukan komitmen semua pihak terutamanya para peniaga dan orang awam. Di kesempatan ini juga, MPK turut mengadakan Majlis Jasamu Dikenang kepada dua orang kakitangan iaitu Encik Jelani bin Johari yang telah menamatkan kerjanya dalam perkhidmatan Kerajaan dan Encik Zahrul Nizam bin Ishak yang akan bertukar ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.  YAB Menteri Besar Perlis meletakkan tangan beliau sempena majlis perasmian pembukaan Pejabat Mpk Cawangan Arau  Encik Zahrul Nizam Bin Ishak menerima cenderahati daripada Yab Menteri Besar Perlis Sempena Majlis Jasamu Dikenang  Encik Jelani Bin Johari menerima cenderahati daripada Yab Menteri Besar Perlis kerana beliau akan bersara pada 10 Julai 2011  Tuan Haji Rosley Bin Mat, Tuan Yang Dipertua MPK menyampaikan cenderahati kepada Yab Menteri Besar Perlis Sempena Perasmian Pejabat MPK Cawangan Arau dan Majlis Jasamu Dikenang  Yab Menteri Besar merasmikan Pejabat MPK Cawangan Arau dan Pelancaran Program Pra Zon Bersih Bandar Arau  YAB Menteri Besar Perlis menandatangani buku pelawat MPK sempenaperasmian Pejabat MPK Cawangan Arau, Pelancaran Program Pra Zon Bersih Bandar Araudan Majlis Jasamu Dikenang |