Warna Tulisan Font Merah Font Biru Font Hijau Warna Latarbelakang Warna Biru Warna Kuning Warna Hijau Reset Saiz Huruf Kecilkan Teks Besarkan Teks Dengar Teks Dengar Teks
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

KOD ETIKA KAKITANGAN AWAM NEGERI PERLIS

Sebagai kakitangan yang mendokong dan menjayakan dasar-dasar kerajaan, adalah penting bagi semua kakitangan awam di negeri Perlis menumpukan segala khidmat bakti secara kolektif, bersifat amanah, telus, bertanggungjawab serta berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kepentingan rakyat, negeri dan setrusnya negara.

Kod Etika Kakitangan Awam di negeri Perlis akan bertindak dan memberi satu garis panduan secara dasar kepada semua kakitangan awam untuk melaksanakan tanggungjawab selaras dengan Aku Janji yang dibuat, Kod Etika adalah penting kerana akhlak dan sebarang tindakan kakitangan awam samada secara rasmi atau peribadi akan mencerminkan impak yang sangat besar kepada masyarakat, negeri dan negara.

Kakitangan yang berkhidmat sebagai pelaksana dasar - dasar kerajaan perlu memberikan perkhidmatan yang cemerlang sesuai dengan kehendak dan ekspektasi rakyat yang semakin sofistikated dan berpengetahuan, menjaga nama baik individu dan kerajaan serta tidak terbabit dalam sebarang perlakuan jenayah, unsur - unsur rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam konteks ini kejujuran, dedikasi dan integriti adalah menjadi tonggak penting Kod Etika Kakitangan Awam Negeri Perlis yang turut menerapkan prinsip-prinsip penting Rukun Negara, Tonggak Dua Belas Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan dan lain-lain perkara yang terkandung di dalam Perintah-Perintah Am Bab A hingga Bab G.

CARIAN
PERKHIDMATAN KAMI
ePenyata eAduan
ePermohonan Intranet
Manual