Warna Tulisan Font Merah Font Biru Font Hijau Warna Latarbelakang Warna Biru Warna Kuning Warna Hijau Reset Saiz Huruf Kecilkan Teks Besarkan Teks Dengar Teks Dengar Teks
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Meritokrasi

  • Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
  • Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
  • Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sessiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
  • Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
  • Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
  • Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
  • Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi caraban globalisasi liberalisasi.
Carian
Perkhidmatan Kami
ePenyata eAduan
ePermohonan Intranet
Manual