Bertanggungjawab di atas perancangan kawasan dan kawalan pembangunan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan
Bertanggungjawab membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.
Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dengan koordianasi, bantuan serta kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan Undang-undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.
Memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan awam.
Mewujudkan sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan.
Memberi perkhidmatan perbandaran pada tahap memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan.
Memastikan kawasan Majlis Perbandaran Kangar mempunyai lanskap yang menarik serta taman rekreasi dan padang permainan yang diselenggara dengan baik.