Warna Tulisan Font Merah Font Biru Font Hijau Warna Latarbelakang Warna Biru Warna Kuning Warna Hijau Reset Saiz Huruf Kecilkan Teks Besarkan Teks Dengar Teks Dengar Teks
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Pendidikan

  • Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
  • Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
  • Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
  • Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
  • Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
  • Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1 Malaysia.
  • Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Integriti

  • Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
  • Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
  • Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
  • Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
  • Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
  • Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka, walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
  • Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
  • Mengenepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
  • Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama intergriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.
Carian
Perkhidmatan Kami
ePenyata eAduan
ePermohonan Intranet
Manual