PENGENALAN
Kakitangan Awam yang telah mengikrar dan menandatangani sumpah Aku Janji akan dengan jujur dan dengan segala daya upayanya menumpahkan taat setia kepada DYMM Tuanku Raja, Kerajaan Negeri Perlis dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaanya.
Kemuliaan sesebuah kerajaan adalah terletak pada keutuhan pentadbiran dan kakitanganya dan penghormatan dapat dilihat dari sudut imejnya secara keseluruhan (kolektif), ketrampilan dan kewibawaanya serta sikap tanggungjawab terhadap rakyat.
Penghormatan terhadap Kakitangan Awam dilihat pada sudut tatakelakuan yang beretika, berdisiplin, integriti perkhidmatan yang tinggi, kesungguhan melaksanakan tugas, bertanggungjawab dan sikap professinaisme yang tinggi.
Tujuan Kod Etika Kakitangan Awam digubal bagi membolehkan Kakitangan Awam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi mencapai hasrat dan objektif sesuatu dasar yang digariskan oleh Kerajaan Negeri.