PERILAKU ATAS SIFAT RASMI
Kakitangan Awam Negeri Perlis hendaklah : -
1. Sentiasa menunjukkan penampilan sahsiah dan peribadi yang mulia dan terpuji.
2. Menumpukan segala kecekapan, ketekunan dan komitmen secara proaktif dalam menjalan tugas dam memberikan segala khidmat bakti yang diperlukan bagi memastikan kejayaan perlaksanaan dan pencapaian matlamat serta dasar Kerajaan
3. Sentiasa bertanggungjawab dan betugas dengan tahap integriti yang tinggi dan menghindar dirinya dari menggunakan kedudukanya bagi faedah peribadi.
4. Sentiasa berkhemahtinggi dan mengamalkan pendekatan Mesra Rakyat dan Mesra Pelanggan dan hendaklah sentiasa prihatin, peka dan responsive terhadap maklumbalas dan permasalahan rakyat atau pelanggan.
5. Menghormati nilai budaya dan keprcayaan semua kaum di Malaysia dalam melaksanakan urusan rasmi.