Warna Tulisan Font Merah Font Biru Font Hijau Warna Latarbelakang Warna Biru Warna Kuning Warna Hijau Reset Saiz Huruf Kecilkan Teks Besarkan Teks Dengar Teks Dengar Teks
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 


 

 

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Tuan Haji Rosley Bin Mat
ydp@mpkangar.gov.my

PERUTUSAN TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pepatah lama ada menyebut :
“ Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.  Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita ”.

Majlis Perbandaran Kangar kini mengorak langkah yang lebih maju dalam membantu Kerajaan Negeri Perlis mencapai taraf Perlis Maju 2015. Pembangunan Negeri Perlis kini difokuskan kepada Pembangunan Fiskal dan Pembangunan Fizikal. 

Dalam pada itu, semua anggota kerja diterapkan dengan budaya kerja serta pemikiran kelas pertama yang mana ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan kelas pertama.  Visi dan misi yang lebih jelas dirangka untuk kemudahan rakyat Negeri Perlis khususnya.  Sebagai satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perlis ini, Majlis Perbandaran Kangar memikul tanggungjawab yang amat besar untuk dilaksanakan. Selaras dengan konsep 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul dengan sebaik mungkin bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan-kemudahan yang terbaik.

Peluang perniagaan kepada rakyat semakin meningkat dengan bertambahnya prasarana dan kemudahan awam untuk rakyat selain mewujudkan persekitaran perbandaran dan tempat tinggal yang kondusif untuk didiami.  Program Bandar Selamat diperluaskan dengan melebarkan program pencahayaan bandar.  Kuala Perlis sebagai Bandar Pelabuhan, Padang Besar sebagai Bandar Sempadan dan Arau sebagai Bandar DiRaja merupakan kawasan-kawasan yang akan diberikan fokus utama kepada faktor kebersihan.  Program-program yang dirangka adalah sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Majlis.

Pelbagai cetusan idea telah berjaya menghasilkan inovasi-inovasi terkini untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.  Semoga apa yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kangar akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Negeri Perlis khususnya.

Akhir kata dari saya, selamat mengunjungi laman web Majlis Perbandaran Kangar.

Bersama kita jayakan Perlis Maju 2015 !!

Sekian, terima kasih.

 

 

CARIAN
PERKHIDMATAN KAMI
ePenyata eAduan
ePermohonan Intranet
Manual