Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Majlis Tautan Ukhwah Aidilfitri 2025

19 April 2025

Majlis Perbandaran Kangar telah dijemput untuk meraikan Majlis Sambutan Aidliftri anjuran Senggara Utara sdn bhd.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah meluangkan masa untuk hadir bersama-sama kakitangan yg lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir didalam Majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Besar, Mufti Negeri Perlis dan ketua-ketua jabatan serta pegawai kanan yang lain.

MPK

PROGRAM KILAUAN WARNA-WARNI SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-82 DYMM TUANKU RAJA PERLIS SERTA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN KUALA PERLIS

19.04.2025 | SABTU
DATARAN PULAU KETAM, KUALA PERLIS

DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli ke Program Kilauan Warna Warni sempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda, ulang tahun ke-82 keputeraan, dan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kuala Perlis.

MPK

PEMASANGAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE-82 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

Tarikh: 16 April 2025 (Rabu)

Lokasi: Taman Lencongan Dua

Bagi memastikan kelancaran dan kemeriahan sambutan Jubli Perak yang bakal berlangsung pada 17 April 2025, Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah turun padang bersama pasukan Penguatkuasa bagi meninjau dan menyelaras persiapan akhir pemasangan bendera di lokasi-lokasi utama sekitar bandar.

Antara lokasi yang terlibat termasuk:

i)Pejabat MPKangar

ii)Dataran Dato Sheikh Ahmad

MPK

PEMASANGAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE-82 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

Tarikh: 16 April 2025 (Rabu)

Lokasi: Dataran Dato Sheikh Ahmad

Bagi memastikan kelancaran dan kemeriahan sambutan Jubli Perak yang bakal berlangsung pada 17 April 2025, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah turun padang bersama pasukan Penguatkuasa bagi meninjau dan menyelaras persiapan akhir pemasangan bendera di lokasi-lokasi utama sekitar bandar.

Antara lokasi yang terlibat termasuk:

i)Pejabat MPKangar

MPK

MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kebersihan kawasan awam dan pelancongan adalah tanggungjawab semua. Setiap pengunjung perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan persekitaran kekal bersih dan selesa.

Tindakan membuang sampah merata-rata mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan serta imej tempat pelancongan.

Kakitangan Jabatan Landskap, Pelancongan dan Senitaman MPKangar telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Arked Niaga Padang Besar susulan lambakan sampah ekoran daripada musim cuti dan perayaaan baru baru ini.