Objektif lawatan adalah untuk mengetahui kaedah pengurusan penyelenggaraan sistem saliran dan pengurusan Sungai serta kaedah sistem empangan yang digunapakai. Seterusnya peserta lawatan dengan diiringi oleh wakil-wakil pegawai dari Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kangar telah di bawa ke Empangan Timah Tasoh bagi meninjau kaedah sistem empangan di Negeri Perlis.
MPKangar melalui Kelab Sukan & Kebajikan (Komuniti) telah menghantar 4 pasukan bagi menyertai Kejohanan Paintball Piala YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis anjuran Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang berlangsung pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023 bertempat di Nak-Kawan Paintball, Bukit Ayer Resort, Batu Pahat, Perlis.
Tarikh : 5 Ogos 2023
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Surau Taman Jali, Kangar
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menganjurkan Program Gotong-Royong One Hour Malaysia Clean Up Negeri Perlis.
Program ini bertujuan untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa kepada penyakit demam denggi terutamanya di kawasan Taman Jali.
SESI TAKLIMAT BERKENAAN SITUASI SEMASA DENGGI DAN PENGURUSAN WABAK DENGGI NEGERI PERLIS OLEH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS DAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
Pihak Majlis telah menjemput pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis untuk memberi taklimat berkenaan situasi wabak denggi dan pengurusan wabak denggi Negeri Perlis kepada Ahli-ahli Majlis dan Pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Perbandaran Kangar pada 31 Julai 2023.
TN. MOHD NORFAIZAL BIN ABD RAZAK Pagination
Option |