Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi berkunjung dan menggunakan perkhidmatan kaunter bergerak MPK yang berada di lokasi Pengkalan Asam pada hari ini.
Kita jumpa esok di Jalan Seruling, Kangar (berdekatan Bangunan KWSP)!
#kaunterbergerakMPK
#mpkdihatirakyat
#kempenpengurangankompaunletakkereta
Tarikh : 04 Julai 2022
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Dewan Mesra, Pejabat Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Lawatan ini disertai oleh Dr Faizal Bin Kamaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan),Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pegawai kanan daripada Unit Korporat Suk Negeri Perlis.
Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam b. Hj Ahmad meluangkan masa mendengar taklimat secara ringkas berkaitan Fungsi Umum Majlis Perbandaran Kangar.
#MPKDihatiRakyat
#LawatanYBSUK.Ps
#Selamatdatang
Suasana kaunter bergerak MPK di Taman Sena Indah pada hari ini sempena Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama anda.
#MPKdihatirakyat
#kempenpengurangankompaunletakkereta
#kaunterbegerakMPK
SUASANA Car Boot Sale Persiaran Makanan Bintong @ 2 Julai 2022.
Suasana Program CAR BOOT SALE di PERSIARAN MAKANAN BINTONG pada SETIAP SABTU DAN AHAD MALAM bermula dari Jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.
Lot niaga masih dibuka kepada yang berminat. Borang permohonan boleh didapati di kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan MPKANGAR.
#carbootsale
#persiaranmakananbintong
#jabatankesihatanpersekitaran
01 Julai 2022 (Hari Kedua)
Purest Hotel, Sungai Petani
Bengkel Pelan Strategik MPK 2022- 2026 telah diadakan bagi menambahbaik teras sedia ada bagi melengkapkan pelan stategik MPKangar untuk 5 tahun akan datang.
Perasmian Penutup Bengkel anjuran MPKangar ini telah disempurnakan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Di Pertua MPKangar. Bengkel dihadiri oleh Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha MPKangar, Pengarah dan Pegawai kanan dari MPKangar.
#PelanStrategikMPKangar
#mpkdihatirakyat
#puresthotelsungaipetani
30 Jun 2022 (Hari Pertama)
Purest Hotel, Sungai Petani
Bengkel Pelan Strategik MPK 2022 - 2026
Bengkel Pelan Strategik MPK 2022- 2026 telah diadakan bagi menambahbaik teras sedia ada bagi melengkapkan pelan stategik MPKangar untuk 5 tahun akan datang.
Bengkel anjuran MPKangar ini telah dirasmikan oleh Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha MPKangar. Bengkel dihadiri oleh Pengarah dan Pegawai kanan dari MPKangar.
#PelanStrategikMPKangar
#mpkdihatirakyat
#puresthotelsungaipetani
Perlawanan Persahabatan Dart antara Majlis Perbandaran Kangar dan Majlis Daerah Pendang.
Tarikh : 29 Jun 2022
Masa : 2 petang
Tempat : Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang
Majlis Perbandaran Kangar telah menerima jemputan dari Majlis Daerah Pendang untuk satu sesi friendly dart bersempena Sukan PBT Kedah yang akan berlangsung di Langkawi pada 4 Julai 2022 Isnin.
Majlis Perbandaran Kangar serta Kelab Sukan dan Kebajikan MPKPs (KOMUNITI) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan tetaplah berjuang sehingga ke akhir perlawanan.
Sempena Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Kangar, bermula pada 25 Jun 2022, pihak Majlis menyediakan perkhidmatan Kaunter Bergerak MPK di kawasan-kawasan seperti berikut bagi memudahkan para pelanggan.