Walkabout YB Exco ke Tapak Bazar Ramadan Digital
Tarikh : 11 April 2022
Masa : 5.45 petang
Tempat : Bazar Ramadan Arau
Sesi Walkabout dimulakan dengan sesi penerangan oleh pegawai Maybank Berhad berkaitan Maybank QR Pay kepada YB Tuan Azizan Bin Sulaiman.
Wakil Maybank Berhad menunjukkan demonstrasi penggunaan QR Pay kepada peniaga dan pengunjung.
Walkabout YB Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ke Tapak Bazar Ramadan Persiaran Wawasan (Kangar)
Tarikh : 11 April 2022
Masa : 4.45 petang
Tempat : Bazar Ramadan Persiaran Wawasan (Kangar)
Sesi Walkabout ini dimulakan dengan sesi tinjauan oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan (Kangar).
8 April 2022
Tinjauan kerosakan akibat ribut yang melanda pada petang 7 April 2022 (Khamis) di lokasi sekitar Kuala Perlis:
1. Khemah penempatan sementara peniaga Pasar Kuala Perlis; dan
2. Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis.
Hadir bersama ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Ahli Majlis kawasan Kuala Perlis bersama-sama pegawai Majlis Perbandaran Kangar.
Tindakan segera akan dilaksanakan bagi membaiki kawasan-kawasan terjejas yang berkaitan.
Suasana hari pertama bazar ramadan seliaan Majlis Perbandaran Kangar di Fasa Peralihan Endemik.
1. Bazar Ramadhan Kangar ( Persiaran Wawasan )
2. Bazar Ramadhan Arau
3. Bazar Ramadhan Kuala Perlis
Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis bersama-sama pegawai kanan kedua-dua agensi.
#MPKDihatiRakyat
#BazarRamadan
#kitajagakita