Skip to main content
You are here

PERKHIDMATAN CUKAI TAKSIRAN

SUMBER BAHAGIAN HASIL , JABATAN PERBENDAHARAAN

TAHUKAH ANDA ?
Jika anda hanya seorang penyewa rumah/bangunan tersebut, apa harus anda lakukan ?
Anda dikehendaki mengemukakan bil-bil kepada pemilik untuk bayaran segera.  Jika pemilik gagal menjelaskan bil-bil tersebut, harta alih anda di dalam bangunan itu akan ditahan, oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewa kepada MPK.Ps. sehingga tunggakan dijelaskan.  Peruntukan Seksyen 151 (6) , Akta Kerajaan Tempatan melindungi anda sebagai penyewa.

Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli sebuah rumah / tanah kosong ?
Buat semakan dahulu di pejabat MPK.Ps. nama yang didaftar dan tunggakan yang ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.  Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976, menegaskan bahawa semua kadar ( tunggakan ) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya.  Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Jika pertukaran hakmilik berlaku seperti membeli / menjual / mewarisi rumah, harta, lot kosong, apakah yang perlu dilakukan ?  
Sila maklumkan kepada MPK.Ps. dengan mengisi borang notis pindah milik ( Borang I ) harta berserta dengan lain-lain dokumen berkaitan seperti salinan geran, kad pengenalan, bil cukai terbaru yang telah dibayar, dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan.  Jika gagal, pihak MPK.Ps. boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan, iaitu anda boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali.

Jika rumah / bangunan anda kosong tidak didiami, bolehkah anda mendapatkan pelepasan / pengurangan kadar taksiran ?
Kadar taksiran anda boleh dikurangkan dengan syarat anda memberi notis secara bertulis kepada MPK.Ps. mengenai kekosongan itu dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Anda juga perlu memberitahu MPK.Ps. jika bangunan / rumah tersebut telah diruntuhkan, musnah atau dipindahkan ke tapak lain.

Cukai taksiran yang gagal dibayar ditetapkan akan dikeluarkan notis tuntutan ( borang E )
yang mengandungi denda lewat seperti berikut :

Amaun Tunggakan

Denda

Kurang Daripada RM150.00

RM4.00

Melebihi  RM150.00 - RM250.00

RM8.00

Melebihi  RM250.00 - RM600.00

RM12.00

Melebihi  RM600.00

RM10.00 bagi setiap tambahan RM100.00 atau sebahagian daripadanya

DENDA BAYARAN LEWAT

 

Jumlah Wang Yang Belum Dibayar

Denda Yang Dikenakan

Kurang daripada RM 100.00

RM2.00

Melebihi RM 100.00 hingga RM200.00

RM4.00

Melebihi RM 200.00 hingga RM300.00

RM6.00

Dan seterusnya RM2.00 bagi setiap tambahan RM100.00 atau sebahagian daripadanya

Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan. Jika tidak, waran penahanan akan dikeluarkan dan kos tahanan sebanyak 10% akan dikenakan.  Waran tahanan ini membolehkan Majlis menahan mana-mana harta alih yang terdapat pada pegangan tersebut.
Jika notis Tuntutan ( Borang E ) disampaikan bayaran sebanyak RM 3.00 bagi tiap-tiap satu notis dikenakan. 

Jika tidak menerima bil cukai taksiran
Datang sendiri ke bahagian cukai taksiran MPK.Ps. untuk mendapatkan bil-bil tersebut.  Sila berikan maklumat seperti berikut untuk kemudahan :

  • Nama

  • Nombor rumah dan kedudukan harta / pegangan

  • Nombor akaun ( jika ada ; atau kemukakan bil lama untuk rujukan )

Untuk mengelak dari diambil tindakan

Cukai taksiran hendaklah dibayar segera sebelum 28 ( 29 ) Februari dan 31 Ogos setiap tahun. Anda bukan sahaja terlepas dari tindakan menurut undang-undang, anda juga tidak akan dikenakan denda lewat lebih kurang 2% dari jumlah cukai taksiran yang tidak dijelaskan dalam tempoh ditetapkan.

Jika hendak membeli rumah / tanah di kawasan MPK.Ps.

Semak dulu dengan MPK.Ps. nama penuhnya dalam daftar MPK.Ps., tunggakan cukai taksiran bagi rumah / tanah untuk mengelak dari penyesalan di kemudian hari. Seksyen 146 dan 160 Akta 171 menyatakan bahawa kadar (tunggakan) telah dijelaskan oleh pemilik sebenar hingga kemaskini.

Jika berlaku pertukaran milik pegangan

Sila beritahu MPK.Ps. dengan segera dengan menggunakan Borang I dan J  dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik.  Jika gagal, MPK.Ps. boleh mengambil tindakan menurut Seksyen 160 (6) Akta 171.

Pelepasan Cukai Taksiran bagi pegangan yang kosong

Cukai taksiran ke atas pegangan yang kosong boleh dilepaskan dengan syarat pemohon dapat membuktikan perkara-perkara berikut :

  • Memberi  notis tertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku

  • Bahawa bangunan itu adalah dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki

  • Bahawa segala usaha yang munasabah telah dibuat untuk mendapatkan seorang tenan

  • Bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah

Walau bagaimanapun, cukai taksiran bagi pegangan itu hendaklah dijelaskan terlebih dahulu dan pemunya hendaklah melaporkan kekosongan itu dalam tempoh 7 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku.  Tuntutan pulangan balik hendaklah dibuat dalam tempoh sebulan selepas 30 Jun atau 31 Disember bagi mana-mana tempoh yang berkenaan ( Seksyen 162, Akta 171 ) dengan syarat perkara di atas dipatuhi.  Pemunya hendaklah memberitahu MPK.Ps. jika bangunan tersebut telah :

  • Roboh atau hendak dirobohkan

  • Diubah atau hendak diubah ke tempat lain

  • Musnah oleh kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain

Tidak mampu membayar cukai taksiran sekaligus
Jika pemunya tidak mampu untuk membayar cukai / tunggakan sekaligus, sila datang sendiri ke Bahagian Cukai Taksiran, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis untuk berbincang dengan pegawai yang berkenaan.  MPK.Ps. sedia untuk membantu menyelesaikan apa jua masalah cukai taksiran yang dihadapi oleh pemilik pegangan dalam kawasan MPK.Ps.

 SILA HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

BAHAGIAN CUKAI TAKSIRAN
 JABATAN PERBENDAHARAAN,          
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR,
NO. 192 ,PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04-9762188
FAX: 04-9762688