Kandungan
SESI LAWATAN YANG DIPERTUA MPKangar BERSAMA ADUN KUALA PERLIS BAGI MENINJAU KAWASAN SELIAAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR DI KUALA PERLIS
Tarikh: 5 Jun 2024 (Rabu)
Kehadiran:
1. Yang Berhormat Tuan Abu Bakar Bin Hamzah (ADUN Kuala Perlis)
2. Tuan Affendi Rajini Kanth (Yang Dipertua)
3. Encik Shukor Bin Shariff (Ahli Majlis Kawasan Kuala Perlis)
4. Sr Mohammad Bin Ismail (Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta)
5. Encik Zuraidi Bin Kassim (Pengarah Jabatan Kejuruteraan)
6. Puan Nor Asma Binti Noordin (Pengarah Jabatan Landskap)
7. Cik Siti Nor Aziah Binti Azizan (Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Pelesenan)
8. Puan Areenita Che Lah (Pengarah Cawangan Kuala Perlis)
9. Wakil-wakil Jabatan dalaman dan media
Peserta-peserta sesi lawatan telah dibawa melawat ke kawasan-kawasan tumpuan awam yang berada di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar yang meliputi Dataran Lok 9 Kuala Perlis, Kompleks Jeti Kuala Perlis, Terminal Bas Ekspres Kuala Perlis, Pasar Kuala Perlis dan Padang Bola Sepak Kuala Perlis.
Objektif utama lawatan adalah bagi melihat dengan lebih dekat masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat khususnya pengguna kemudahan-kemudahan awam tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenal pasti.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Kuala Perlis dan Yang Dipertua di atas usaha proaktif dan keperihatinan yang ditunjukkan di dalam menyelesaikan aduan rakyat.