Tarikh : 1 Ogos 2024
Masa : 8.00 pagi
Tempat : The Putra Regency Hotel, 01000 Kangar, Perlis
Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan satu sesi townhall bersama Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar.
Tujuan sesi townhall ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas serta berkongsi maklumat pemajuan melalui kaedah yang terbaik serta bersama-sama pihak pemaju dan perunding swasta dalam membangunkan Negeri Perlis ke arah mencapai Negeri Perlis Bandaraya Kangar Bandar Sejahtera selaras dengan Wawasan Rancangan Tempatan MPKPs 2035.