Ziarah ramadan oleh Tuan Yang Dipertua dan Tuan Setiausaha kepada anak-anak yatim bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kangar sempena menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.
Pihak majlis menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian untuk persiapan menyambut syawal. Ini adalah salah satu program kebajikan dan program tahunan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bekas kakitangan majlis yang telah berkhidmat dengan majlis.
Sebanyak 13 orang anak yatim daripada 6 buah keluarga terlibat dalam pemberian sumbangan ini.
Majlis Pelancaran Cashless Bazar Ramadan Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Anjuran Majlis Perbandaran Kangar Dengan Kerjasama Maybank.
Majlis ini diadakan untuk merealisasikan Pelan Digital Perlis iaitu “Perlis Go Digital''. Majlis ini juga bertujuan memperkenalkan Maybank QR pay kepada masyarakat di Negeri Perlis bagi mengurangkan transaksi tunai.
Tarikh : 3 Mei 2021
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Tapak Bazar Ramadan Persiaran Wawasan
Dihadiri oleh:
i) YB Tuan Azman bin Mohd Yusof Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Objektif lawatan ini adalah bertujuan bagi melihat projek-projek pelancongan yang telah dilaksanakan di sekitar Negeri Perlis seperti di Kawasan Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Kawasan Eko Pelancongan Gua Kelam, Litar Lumba UniMap, lawatan sekitar Kangar Street Art, Kuala Perlis dan Kawasan Eko Pelancongan Taman Negeri Perlis.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis yg terlibat iaitu
1.En. Kamarudin bin Malek (Kawasan Kuala Perlis)
2.En. Lim Weng Khee ( Kawasan Titi Tinggi)
test
Majlis Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi sesi 2021 oleh Encik Norazlan bin Yahaya dihadapan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Pengakuan menerima jawatan ini terkandung didalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Tarikh : 28 April 2021
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Mesra , MPK.Ps
Turut hadir :
Encik Raziff bin Yaacob, Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Tarikh : 27 April 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat Yang Amat Berhomat Menteri Besar Perlis