Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Ziarah ramadan oleh Tuan Yang Dipertua dan Tuan Setiausaha kepada anak-anak yatim bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kangar sempena menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.

Pihak majlis menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian untuk persiapan menyambut syawal. Ini adalah salah satu program kebajikan dan program tahunan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bekas kakitangan majlis yang telah berkhidmat dengan majlis.

Sebanyak 13 orang anak yatim daripada 6 buah keluarga terlibat dalam pemberian sumbangan ini.

Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Tuan Yang Dipertua dan diiringi oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan berkaitan.