Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 16.09.2021
Tempat : Nira Klasik, Kampung Bunga Emas, Sanglang, Perlis

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Hakimi Bin Din, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Sanglang. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Azizan Bin Sulaiman, EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Sumbangan Peralatan spray nyah kuman Covid 19 ini diserahkan kepada 23 orang pengerusi JPKK dan 7 orang imam dari masjid-masid di kawasan Sanglang. Peralatan ini akan diletakkan di setiap pusat cawangan dan 7 buah masjid Dun Sanglang.

Tahniah diucapkan kepada Encik Hakimi Bin Din, Ahli Majlis Kawasan Sanglang atas sumbangan peralatan nyah kuman Covid 19 ini kepada pengerusi JPKK dan imam masjid Sanglang.