Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

SUMBANGAN PERALATAN
Tarikh : 09.10.2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Khidmat DUN Beseri

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Puan Azimah Binti Mahmud, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Beseri. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Ruzaini Bin Rais, EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Sumbangan Peralatan Pencegahan Covid-19 ini diserahkan kepada 14 orang penerima yang terdiri daripada wakil sekolah dan juga masjid di kawasan Beseri. Peralatan ini akan diletakkan di sekolah-sekolah dan masjid yang menerima sumbangan peralatan tersebut. Sebelum penyerahan sumbangan tersebut, penerima sumbangan diberikan taklimat berkaitan penggunaan peralatan pencegahan Covid -19 ini oleh pembekal peralatan iaitu Encik Yusaini Bin Othman, CEO Syarikat Yusenviro Sdn.Bhd.

Tahniah diucapkan kepada Puan Azimah Binti Mahmud, Ahli Majlis Kawasan Beseri atas sumbangan peralatan pencegahan Covid-19 ini kepada sekolah dan masjid di Kawasan Beseri.