Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 09.10.2021 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat Khidmat DUN Kayang

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Fadis A/L Etom, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Kayang. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Hamizan Bin Hassan, EXCO Kemudahan Dan Prasarana Awam juga merangkap ADUN Kayang dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Sumbangan Bakul Makanan ini disumbangkan kepada 96 orang penduduk di kawasan Kayang yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Seramai 32 orang ketua cawangan dijemput hadir mewakili  penerima untuk menerima  bakul makanan yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar.