Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

MAJLIS PENYERAHAN ‘MOCK CHEQUE” PERTANDINGAN KOMUNITI BANDAR ZON HIJAU COVID-19


Pada 16.10.2021 (Jumaat) jam 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan “Mock Cheque” Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19 di PPR Seri Sena, Kangar.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan sesi penyerahan “Mock Cheque” berjumlah RM 1,000.00 telah disampaikan oleh Tuan Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perlis kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Seri Sena.

Turut hadir bersama Tuan Raziff bin Yaacob, Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Puan Sal Sabila bt Md. Nasir, Penolong Setiausaha (K), Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti, KPKT dan En. Jasni bin Abd. Hamid, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga PPR Seri Sena.