Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

PROGRAM KOMUNITI BERSIH DAN CERIA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BERSAMA PENDUDUK PPR SENA, PERLIS

Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : PPR Sena, Kangar

Program ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti sihat dan memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Program ini telah dilancarkan oleh YB Tuan Azizan bin Sulaiman, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut diadakan Aktiviti 'Plogging'/Lukisan Mural oleh Persatuan Pelukis Negeri Perlis.

Turut hadir bersama Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Perlis, Encik Jamali bin Md Zain, Ahli Majlis Kawasan Sena, Majlis Perbandaran Kangar, Encik Wan Abdul Hamid bin Wan Jaafar,  Ahli Majlis Kawasan Sena, Majlis Perbandaran, Puan Sal Sabila bt Md.Nasir, Penolong Setiausaha(K), Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti, KPKT dan Encik Jasni bin Abd.Hamid, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga PPR Seri Sena, Encik J.Januar bin Jaafar, Pengerusi COMBI PPR Sena, Encik Mohamad bin Man, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk PPR Sena serta Encik Ahmad Amir bin Nabil, Setiausaha
Persatuan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.

#LA21
#KPKT
#MPKangar
#PerlisBersih