Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Program diΒ  bawah peruntukan Ahli Majlis dalam tempoh PKP 2021 anjuran Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Kawasan Kuala Perlis.

π˜šπ˜œπ˜”π˜‰π˜ˆπ˜•π˜Žπ˜ˆπ˜• π˜‰π˜ˆπ˜’π˜œπ˜“ π˜”π˜ˆπ˜’π˜ˆπ˜•π˜ˆπ˜•

TarikhΒ Β  : 13 November 2021
MasaΒ Β Β Β  : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Tengah, Seberang Ramai Kuala Perlis.

Anjuran : Encik Kamarudin Bin Malek
Ahli Majlis Kawasan Kuala Perlis

Bakul makanan ini disumbangkan kepada 70 orang penduduk di kawasan Kuala Perlis yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Tujuh(7) orang ketua cawangan dijemput hadir mewakili penerima untuk menerimaΒ  bakul makanan yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar.

Hadir bersama dalam penyerahan sumbangan bakul makanan pada hari ini ialah YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Ketika ucapan sebelum penyampaian sumbangan bakul makanan, YB Tuan Azizan Bin Sulaiman telah mewar-warkan berkaitan kempen kebersihan yang akan dilaksanakan di negeri Perlis mulai 1 Januari 2022. Melalui kempen tersebut, rakyat negeri Perlis digalakkan bersama-sama sentiasa menjaga kebersihan.