Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 27.11.2021 (Sabtu)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Beseri Dalam, Jalan Padang Melangit, Santan
Anjuran : Encik Noor Hairi Bin Noor Mohammed
Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Santan

Pagi ini telah dilaksanakan sumbangan bakul makanan yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. Sumbangan bakul makanan ini diserahkan oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan juga merangkap ADUN kawasan Santan dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Bakul makanan ini disumbangkan kepada 100 orang penduduk di kawasan Santan yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Seramai 22 orang Ketua Cawangan di kawasan Santan dijemput hadir untuk menerima  bakul makanan tersebut bagi mewakili penerima. Program bakul makanan ini dibantu oleh Puan Che Ma Binti Ahmad, Ahli Majlis kawasan Chuping.