Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Anggota Majlis (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kangar Perlis Bagi Sesi Tahun 2022

12 Januari  2022

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan ini ialah bagi 24 orang Anggota Majlis (Ahli Majlis) yang telah dilantik melalui kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (MMK). Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada jam 3.00 petang dengan disaksikan oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar,  Encik Raziff bin Yaacob, Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Anggota Majlis yang dilantik ini terdiri daripada 3 Parlimen iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau.

Majlis Perbandaran Kangar Perlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Anggota Majlis (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kangar yang telah dilantik bagi bagi tahun 2022.