Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

LAWATAN KERJA PENANDARASAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

Tarikh : 29 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mesra

MPKangar telah menerima lawatan kerja kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota penguatkuasaan untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman kerja, berkongsi idea-idea baharu serta menambah baik teknik pengoperasian dalam mendepani cabaran tugasan harian penguatkuasaan.

Selain itu, pegawai dan anggota juga dapat melihat sendiri kemajuan yang dicapai oleh lain-lain  PBT dari aspek penguatkuasaan.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Muhammad Faiz Bin A.Razak, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBJB dan turut hadir bersama Puan Nor Azah Binti Nor Aziz, Pengawai Undang-Undang MBJB serta kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan MBJB.

Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

#MPKDihatiRakyat
#staysafe
#KitaJagaKita