Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Ziarah Ramadan dan Sumbangan kepada anak yatim (kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan) sempena Sambutan Aidilfitri.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kangar , En. Zulkàrnain b. Zainul Abidin  dan En. Mohd Elfy b. Mohammad Yusuf telah meluangkan masa utk menziarahi anak yatim bekas kakitañgan MPKangar  yang telah kehilangan ayah atau ibu semasa berkhidmat dengan MPKangar  yang tinggal di kawasan Titi Tinggi dan kawasan Santan.
Sumbangan ini berbentuk barangan keperluan untuk persediaan sambutan hari raya yang menjelang tiba dan sumbangan duit raya kepada setiap anak yatim.Turut hadir Wakil Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan

Aktiviti ini merupakan program tahunan berbentuk kebajikan dan bertujuan untuk meringankan beban kepada keluarga dalam menyediakan barang keperluan sempena sambutan aidilfitri .