Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Sumbangan Majlis Perbandaran Kangar Sempena menyambut Aidilfitri kepada Penghuni  Pertubuhan Kebajikan Dan Rumah Amal Teduh Perlis.

Aktiviti ini berbentuk kebajikan dan keperihatinan Majlis dibulan Ramadan untuk memberi bantuan wang tunai dan makanan kepada Rumah Teduh ini.

Ydp MPKangar,Encik Norazlan Bin Yahaya telah meluangkan masa untuk menyerahkan sumbangan daripada Majlis Perbandaran Kangar.Turut hadir mengiringi Tuan Ydp adalah Ahli Majlis Kawasan Indera Kayangan iaitu Puan Lam Yit Thai,Puan Huzaini bt Abdul Hamid, Encik Lim Weng Khee dan Pengarah jabatan dalaman MPKangar.

Semoga program kebajikan ini dapat membantu meringankan beban dan merupakan sebahagian usaha bagi menyantuni penghuni rumah teduh sekaligus memberikan keceriaan kepada mereka dalam meraikan persiapan menyambut Syawal nanti.

#MPKDihatiRakyat
#Ramadan2022
#kitaJagaKita