Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kangar Perlis secara tertutup melibatkan semua wargakerja MPKangar dan Ahli Majlis.

Masa     : 8.30 Pagi
Tempat : Perkarangan Tapak Parkir Motorsikal,Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar.

Tuan Ydp dan Tuan Setiausaha meluangkan masa untuk beramah mesra dengan semua kakitangan yang hadir untuk Majlis pada hari ini.Pelbagai juadah hari raya disediakan seperti ketupat, rendang, sate, kambing golek, nasi, Koew teow goreng dan lain-lain lagi.

Di Majlis ini juga turut disediakan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk pertandingan antara jabatan dalaman di Majlis Perbandaran Kangar.Antaranya

a) Pertandingan Gerai Tercantik
b)Kategori Video Raya Kreatif
c) Cabutan Hadiah Istimewa Raya
d). Kategori Jaguh Kampung Raya
e) Kategori Laksana Bulan Dipagar Bintang

Majlis ini diharapkan dapat mengeratkan semula ukhwah dan silaturahim supaya kita sentiasa  menghormati dan saling memaafkan antara kita.

Tahniah  juga diucapkan kepada semua pemenang pertandingan kategori jabatan dan pemenang cabutan bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada Urusetia Majlis,Jawatankuasa dan semua kakitangan Majlis yang sentiasa memberi komitmen dalam melaksankan majlis ini.

SALAM AIDILFITRI
#mpkdihatirakyat
#aidilfitri2022