Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

KURSUS PENGGUNAAN mySMS KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah menganjurkan Kursus Penggunaan mySMS kepada kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Kursus ini telah diadakan di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar dan dihadiri oleh 20 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman.

Sesi perkongsian secara atas talian ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Dzikri bin Dzulfakar daripada Dapat Vista (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Pertama Digital Berhad.

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan mySMS kepada kakitangan MPKangar. mySMS merupakan sebuah platform yang telah dibangunkan bagi agensi-agensi kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan kod ringkas Kerajaan 15888.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Encik Muhammad Dzikri bin Dzulfakar di atas perkongsian ilmu serta semua kakitangan majlis yang terlibat bagi menjayakan program ini.