Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

KURSUS ANGGOTA MAJLIS (AHLI MAJLIS) MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Hari Pertama
15 Februari 2023
Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah

Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Anggota Majlis (Ahli Majlis) MPKangar kepada 24 orang Ahli Majlis lantikan baru bagi penggal tahun 2023/2024. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Tujuan kursus ini diadakan ialah bagi menambahkan pengetahuan Ahli Majlis berkaitan MPKangar termasuklah meningkatkan integriti dan nilai murni yang baik supaya selaras dengan nilai sesebuah organisasi dan memberikan pemahaman yang lebih komprehensif kepada peserta kursus tentang pentingnya integriti dalam perkhidmatan awam.

Selain itu, kursus ini juga bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada Ahli Majlis berkaitan pentadbiran di PBT yang boleh membantu mereka menjalankan tanggungjawan sebagai pembuat dasar di peringkat Majlis.

Melalui kursus ini juga akan dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada penduduk dalam usaha memperkasakan pembangunan Negeri Perlis.

Pada slot yang pertama kursus ini,  Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia juga selaku urusetia bagi kursus ini telah menyampaikan taklimat berkaitan personal Ahli Majlis dan kemudahan-kemudahan Ahli Majlis. Slot kedua taklimat umum berkaitan MPK/ profile MPK yang telah disampaikan oleh Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha MPKangar.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar