Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU (MDHT) KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Majlis Perbandaran Kangar telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 24 Februari 2023.

Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan penubuhan Koperasi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan melihat projek-projek pelancongan yang telah dilaksanakan di sekitar Negeri Perlis seperti di View Point Wang Kelian, Kawasan Eko Pelancongan Gua Kelam, Gua Cenderawasih, Kampung Warna Warni serta lawatan sekitar Kangar Street Art.

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Encik Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha MDHT dan Ketua-Ketua Jabatan MDHT.

Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar dan Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar meluangkan masa untuk meraikan peserta lawatan ini serta menyerahkan cenderahati MPKangar pada MDHT sebagai tanda kenangan.

Turut hadir bersama pada sesi pagi adalah Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di View Point Wang Kelian dan Kawasan Eko Pelancongan Gua Kelam.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar