Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Satu majlis berbuka puasa bagi menghargai kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat dalam menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023 telah diadakan di Kompleks Makanan Laut (Komalaut), Kuala Perlis.

Seramai 38 orang petugas dari pelbagai jabatan dalaman MPK telah diraikan dalam majlis ini yang telah diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya, dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, serta Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar, Puan Rosmariani Binti Ab. Rashid.  

Pihak Majlis mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023.