Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Tarikh: 29 Ogos 2023 (Selasa)

Majlis tersebut diadakan berikutan siapnya perlaksanaan projek pembinaan medan selera yang merangkumi 13 unit gerai makan, tandas lelaki, tandas Perempuan dan tandas OKU, sistem paip perkhidmatan bekalan air, kawasan dataran gerai dan kerja-kerja elektrikal di atas tapak yang terletak di perkarangan Plaza Kuala, Jalan Sarawak Kuala Perlis.

Dalam majlis tersebut Yang Dipertua, Encik Norazlan Bin Yahaya telah secara rasmi menerima penyerahan projek yang telah disiapkan oleh pihak kontraktor yang dilantik, Jass Utara Sdn Bhd. Projek yang menelan belanja sekitar RM 700,000.00 menggunakan peruntukkan daripada Kerajaan Negeri itu telah berjaya disiapkan pada 24 Julai 2023 iaitu mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Encik Shukor Bin Shariff (Ahli Majlis Perbandaran Kangar Kawasan Kuala Perlis) Encik Zuraidi Bin Kassim (Pengarah Jabatan Kejuruteraan), Puan Hani Syafini Binti Hassim(Jabatan Kejuruteraan), Puan Sharifah Hasliza Binti Syed Husein (Pengarah Unit Perolehan), Encik Mohd Zamri Bin Dahaman (Wakil Jabatan Kawalan Bangunan), Puan Nor Athirah Binti Mohd Subri (Wakil Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Pelesenan), Encik Muhammad Akmal Bin Abdullah (Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta) dan Puan Areenita Binti Che Lah (Pengarah Cawangan Kuala Perlis).

Dengan siapnya projek berkenaan, adalah diharapkan para peniaga akan dapat menikmati persekitaran yang kondusif untuk menjalankan perniagaan berbanding sebelumnya. Sila hubungi talian 04-9851876 (Pejabat MPK.Ps Cawangan Kuala Perlis) untuk sebarang pertanyaan berhubung pengisian lot perniagaan di medan selera terbabit.

#MPKDihatiRakyat
#PerlisBersihSihat
#perlisbersihindah