Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

8 September 2023 – Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia (JKSM) telah mengadakan perbincangan i-CSR2023 (International Community Social Responsibility Virtual Conference 2023) bersama Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni Dan Keusahawanan, UiTM Arau serta Dr. Non Daina Masdar, Penolong Pengarah Program i-CSR, UiTM Arau.

i-CSR2023 adalah satu platform perkongsian program CSR yang telah dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi Negeri Perlis yang perlu diterjemahkan di dalam bentuk kertas kerja/laporan. Program yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi adalah program ke arah pemerkasaan dan kelestarian kepada masyarakat.