Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Kursus Pertolongan Cemas Dan Bantuan Hayat Asas (CPR & AED)

Tarikh : 13 September 2023 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Gunasama Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas mengenai tindakan awal pertolongan cemas yang boleh diambil sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd. Asmi Shakir B. Ahmad Sukri, Pegawai Perubatan daripada Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Tuanku Fauziah dan beliau telah dibantu oleh 4 orang fasilitator yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan juga daripada Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Tuanku Fauziah.

Program ini dihadiri oleh 40 orang kakitangan Majlis yang terdiri  daripada ahli-ahli biro Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Semoga peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung dalam usaha untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Tuanku Fauziah yang sudi hadir dan berkongsi ilmu.