Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

PROGRAM KEMASYARAKATAN DI BAWAH PERUNTUKAN AHLI MAJLIS TAHUN 2023

Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Batu Kepada Pengurusan Sekolah, Masjid, Surau, Tahfiz Dan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Dalam Parlimen Arau

Majlis penyerahan sumbangan kerusi batu kepada 99 agensi di Parlimen Arau yang terdiri daripada sekolah, tahfiz, masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam telah diadakan di Dewan Residensi Kediaman Menteri Besar Perlis. Sumbangan kerusi batu ini adalah anjuran  9 orang Ahli Majlis Perbandaran Kangar Perlis daripada Parlimen Arau melalui peruntukan  MPKangar kepada setiap Ahli Majlis bagi tahun 2023.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Bin Ramli. Turut hadir di majlis ini EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, YB ADUN Pauh, YB ADUN Tambun Tulang, YB ADUN Simpang Empat, YB ADUN Guar Sanji, Tuan Yang Dipertua MPKangar dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Penerima yang hadir bagi menerima sumbangan kerusi batu ini terdiri daripada pengetua, guru besar, imam masjid dan surau, guru-guru dan wakil dari rumah ibadat  di dalam Parlimen Arau.

Tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis Perbandaran Kangar yang telah berjaya melaksanakan majlis ini.

Ahli Majlis DUN Tambun Tulang
i) Encik Norkhiriri Bin Hassan
ii) Encik Sallehuddin Bin Sarbini @Mokhtar

Ahli Majlis DUN Pauh
i) Encik Saifol Zairy Bin Abdul Rahim
ii) Hajah Sabani Binti Mat

Ahli Majlis DUN Guar Sanji
i) Encik Mohd Fuad Bin Hashim

Ahli Majlis DUN Simpang Empat
i) Puan Latifah Binti Hamzah
ii) Encik Nur Yuzaizy Bin Mansor

Ahli Majlis DUN Simpang Empat
i) Encik Marzuki Bin Ahmad
ii) Puan Husna Binti Hashim