Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Program ini merupakan kolaborasi di antara MPK dengan PLANMalaysia Negeri Perlis melibatkan penyertaan daripada kakitangan kedua-dua agensi dan turut disertai Pejabat SUK, JKM dan JPNIN berganding bahu di dalam mengecat bangunan, menceriakan dan memperindah persekitaran Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.

Pelancaran aktiviti mengecat bangunan yang diadakan pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah PLANMalaysia Perlis, Puan Haslina Binti Chan @ Hassan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob.

Kemuncak program ini iaitu Majlis Perasmian yang diadakan pada sesi petang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mastika Junaidah Binti Hussin selaku Yang Dipertua Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia Cawangan Perlis disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya, Pengarah PLANMalaysia Perlis, Puan Haslina Binti Chan @ Hassan, Encik Rusdi bin Ishak, Timbalan Pengarah JKM Perlis dan YBhg. Dato’ Haji Talib Bin Haji Ali, Pengerusi Rumah Sejahtera Baitul Hanan. Turut hadir ke Majlis Perasmian Program adalah  Ahli-ahli Majlis di kawasan Simpang Empat iaitu Puan Latifah Binti Hamzah dan Encik Nur Yuzaizy Bin Mansor.

Dalam perkembangan sama, Tuan Yang Dipertua telah turut berkesempatan meluangkan masa mengecat bangunan dan beramah mesra dengan penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan serta menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini.