Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Tarikh: 21 November 2023

Majlis Makan Malam MOU Pelancongan Mesra Muslim Bandaraya Ipoh telah diadakan di Hotel M Roof, Ipoh.

Objektif utama adalah bagi mewujudkan persefahaman ke arah kerjasama strategik di dalam mempromosikan Ipoh, Aceh, Hatyai, Alor Setar, Kangar, Kuala Kangsar, Kampar dan Batu Gajah sebagai destinasi pelancongan mesra muslim.
MOU Pelancongan Mesra Muslim yang ditandatangani adalah melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Hatyai Municipality, Thailand, DPR Acheh, Indonesia, Majllis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDK) dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), yang disaksikan oleh YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

MOU tersebut  telah ditandatangani oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md
Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI, Assoc Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan, Timbalan Datuk Bandar Hatyai mewakili Hatyai Municipality, Encik Khairil Syahrial, Ketua Komisi II DPR Aceh, Indonesia mewakili Bandar Acheh Indonesia, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar mewakili MBAS, Encik Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua MPK mewakili MPK, Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK mewakili MPKK, Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua MDK mewakili MDK dan Encik Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua MDBG mewakili MDBG.

Turut hadir mewakili negeri Perlis ke majlis tersebut adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Sektor Pembangunan), Encik Rusdi Bin Yahya, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Mohd Rusfaizal Bin Mohd Radzi, Setiausaha Majlis  Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kangar, Encik Zuraidi Bin Kasim, Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kangar, Puan Nor Asma Binti Noordin dan Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar, Puan Rosmariani Binti Ab Rashid.   
Adalah diharapkan MOU yang ditandatangani akan memberikan manfaat bersama kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya negeri Perlis yang akan melancarkan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.