Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh 21 orang Ahli Majlis MPKangar dan Ahli Majlis MBAS. Sesi taklimat dan perbincangan ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBAS, YBhg. Dato' Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud. Turut hadir ke sesi taklimat ini ialah Tuan Yang Dipertua MPKangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya.

Untuk sesi kedua antara Ahli Majlis MPKangar dan MBAS telah bertukar pandangan dan perkongsian maklumat berkaitan pengukuhan peranan  Ahli Majlis dan percambahan idea untuk membawa PBT kehadapan, lebih Maju dan berdaya huni. Turut dikongsikan kepada Ahli Majlis MPKangar ialah berkaitan Smart Parking, Smart City dan " Promosi Mai Singgah ke Alor Star" yang telah dilaksanakan oleh pihak MBAS ketika ini.

Sesi taklimat yang amat baik dan percambahan idea yang bernas yang dapat dijadikan panduan kepada semua Ahli Majlis .