Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Tarikh: 26 Januari 2024

Masa: 5.30 petang

Tempat bermula : *Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi, Kangar Perlis*

Zon : BARAT

Program Kayuhan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama-sama peserta kayuhan Ketua-Ketua Jabatan, TTG dan petugas telah singgah di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, sempena Promosi TMPs 2024-2025 dan Perlis International Sunnah Convention.

Taklimat ringkas diberikan oleh Tuan Setiausaha, En Raziff B Yaacob berkenaan perancangan pembangunan Taman Awam Bukit Lagi dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan peserta kayuhan turut memberi idea dan pandangan berkenaan pembangunan Taman Awam Bukit Lagi dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir didalam program ini iaitu Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kangar ,Puan Nor Asma Bt Nordin.