Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

 

19 Mac 2024 - Majlis Perbandaran Kangar serta Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kangar dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Perlis (FAMA) telah mengadakan Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK  di Bazar Ramadan UniMAP Ulu Pauh.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah silaturahim antara jabatan dengan masyarakat dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. MPK dan FAMA masing-masing telah menyediakan kit sumbangan yang terdiri daripada barang-barang keperluan harian (Barang Mentah) yang akan digunakan oleh penerima infak sepanjang Bulan Ramadan ini.

Program ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) diiringi oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPK serta Tuan Mohd Anzara Bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.

Program dimulakan dengan bacaan doa, kemudian diteruskan dengan Sesi Walkabout ke gerai-gerai jualan bazar ramadan FAMA.

Setelah selesai sesi Walkabout, Tuan Norazlan Bin Yahaya telah menyampaikan Kit Sumbangan Sentuhan Kasih Ramadan daripada MPK kepada Encik Aziz bin Hassan, Amil Zakat Fitrah, Masjid Ali Imran Ulu Pauh, kemudian diteruskan oleh Tuan Mohd Anzara Bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis yang turut menyampaikan kit sumbangan daripada FAMA kepada Tuan Amil tersebut.

Tepat pada pukul 6.30 petang 4 buah kenderaan MPK dan FAMA  telah dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor untuk membawa kit-kit sumbangan infak ramadan ke Masjid Ali Imran Ulu Pauh.

Selanjutnya, pengagihan sumbangan kepada 30 orang penerima infak telah diselaraskan oleh Pengurusan Kariah Masjid Ali Imran Ulu Pauh kepada penerima-penerima yang layak telah berjaya dijalankan dengan lancar.