PROGRAM PENGINDAHAN DAN KECERIAAN RUMAH SEJAHTERA BAITUL HANAN, BEHOR MALI, SIMPANG EMPAT, PERLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2023
Program ini merupakan kolaborasi di antara MPK dengan PLANMalaysia Negeri Perlis melibatkan penyertaan daripada kakitangan kedua-dua agensi dan turut disertai Pejabat SUK, JKM dan JPNIN berganding bahu di dalam mengecat bangunan, menceriakan dan memperindah persekitaran Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.
Pelancaran aktiviti mengecat bangunan yang diadakan pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah PLANMalaysia Perlis, Puan Haslina Binti Chan @ Hassan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob.