MAJLIS MAKAN MALAM MOU PELANCONGAN MESRA MUSLIM BANDARAYA IPOH
Tarikh: 21 November 2023
Majlis Makan Malam MOU Pelancongan Mesra Muslim Bandaraya Ipoh telah diadakan di Hotel M Roof, Ipoh.
Tarikh: 21 November 2023
Majlis Makan Malam MOU Pelancongan Mesra Muslim Bandaraya Ipoh telah diadakan di Hotel M Roof, Ipoh.
Kerja-kerja Penyelenggaran Pokok telah dilaksanakan oleh Pasukan Unit Seni Taman, Jabatan Landskap di Taman Desa Pulai.Majlis Perbandaran Kangar telah menerima aduan yang dilaporkan oleh penduduk Taman tersebut.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku akibat bencana.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Paintball MPKangar yang telah mendapat Naib Johan bagi kejohanan Paintball UniMAP Vice Chancellor Cup 2023 untuk kategori Jabatan Agensi Kerajaan.
Kejohanan ini telah diadakan padab18 November 2023 di perkarangan Universiti Malaysia Perlis sempena Pesta Konvokesyen UniMAP 2023. Hadiah Naib johan disampaikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 400.00 serta medal.
#MPKRookieAllStar
#KelabSukanDanKebajikanMPKangar
#MPK
TAHNIAH
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kangar kerana telah memenangi tempat kedua bagi BEST CSR PERLIS COMMUNITY (GOVERMENT AGENCY) BEST TOP 3 WINNER di dalam International Symposium On Community Social Responsibility 2023 (i-CSR2023) yang dianjurkan oleh UiTM Arau, Perlis pada 7 November 2023 secara atas talian (webex). Pertandingan simposium ini disertai oleh 45 Jabatan/Agensi seluruh Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan juga universiti pendidikan tempatan.
Tarikh : 08 November 2023
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis menerima kunjungan dan mengadakan Taklimat Kesedaran Kanser daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Roslan Bin Ahmad, Encik Muhammad Khairil Anuar dan Puan Nafizah Mohd Nafhis, wakil MAKNA.
Tarikh : 06 hingga 08 November 2023
Tempat : Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan Program Teach-In Dan Hands-On Proses 3 Hingga 6, Osc 3.0 Plus Online kepada Jabatan Teknikal Dalaman, Jabatan Teknikal Luaran serta Perunding dan Pemaju. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Lawatan ini bertujuan untuk session perkongsian tempat Letak Kereta di MPKangar terutama di Kawasan Padang Besar yang bersempadan dengan Negara Thailand.
Lawatan ini terdiri daripada kakitangan Unit Letak kereta MBJB Dan diketuai oleh Encik Mohd Faiz Bin Abd Razak (Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBJB}.
Hadir bersama mewakili Majlis Perbandaran Kangar di dalam session perkongsian ini adalah Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia,Puan Rosmariani Bt Ab. Rashid Dan Wakil Pengarah Jabatan Jabatan Undang Undang Penguatkuasaan,Encik Ahmad Luqman Azim Bin Shukri.
Program ini merupakan kolaborasi di antara MPK dengan PLANMalaysia Negeri Perlis melibatkan penyertaan daripada kakitangan kedua-dua agensi dan turut disertai Pejabat SUK, JKM dan JPNIN berganding bahu di dalam mengecat bangunan, menceriakan dan memperindah persekitaran Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Behor Mali, Simpang Empat, Perlis.
Pelancaran aktiviti mengecat bangunan yang diadakan pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah PLANMalaysia Perlis, Puan Haslina Binti Chan @ Hassan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob.
ADUAN AWAM BERKAITAN BAIK PULIH LORONG 11 TAMAN EMAS, BESERI PERLIS
Kontraktor penyelenggaraan yang telah di lantik oleh Majlis Perbandaran Kangar sedang melaksanakan kerja-kerja baik pulih di jalan masuk Lorong 11 Taman Emas, Beseri Perlis. Kerja baik pulih ini di bawah seliaan Jabatan Kejuruteraan, MPK.