Kursus Asas Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022.
Hari Kedua
Tarikh : 29 Mac 2022
Tempat : The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis
LAWATAN KERJA PENANDARASAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)
Tarikh : 29 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mesra
MPKangar telah menerima lawatan kerja kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota penguatkuasaan untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman kerja, berkongsi idea-idea baharu serta menambah baik teknik pengoperasian dalam mendepani cabaran tugasan harian penguatkuasaan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Azman Bin Mohd Yusof atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkuasa pada 30 Mac 2022.
Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaaan Negeri Perlis. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.
Kursus Asas Perundangan PBT Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi Tahun 2022.
Hari Pertama
28 Mac 2022
The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis
Slot 1:
Taklimat Umum MPKangar Dan Peranan Ahli Majlis
Penceramah: Encik Raziff Bin Yaacob
Setiausaha, MPKangar
Slot 2:
Laporan Kewangan MPK.Ps Tahun 2020 Dan 2021
Penceramah : Puan Fadlisanif Adlini Binti Ghazali
Pen. Pengarah Jabatan Perbendaharaan
Ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Y.B Tuan Azman Bin Mohd Yusof .
Majlis Perbndaran Kangar yg diwakili oleh Tuan Setiausaha, Encik Raziff Bin Yaakob berkesempatan menziarahi Yb dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta sokongan YB Azman Bin Yusof kepada MPKangar sepanjang berkhidmat di Negeri Perlis. MPKangar mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan pertukaran YB ke tempat yang baru.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Sesi Perkongsian “Smart City" yang telah disampaikan oleh Tuan Musabri Bin Shahrom, Seksyen Smart City, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya di Booth Kementerian Wilayah Persekutuan, Program Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Sesi perkongsian ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman daripada Perbadanan Putrajaya dalam melaksanakan “Smart City”.
Sembang Santai Naib Presiden Kanan yang memangku tugas Presiden Perbadanan Putrajaya, TPr Dato' Fadlun Bin Mat Ujud bersama dengan Setiausaha, Majis Perbandaran Kangar.Aktiviti ini diadakan selepas acara Briswalk bersama Menteri Wilayah Persekutuan sempena Minggu Aspirasi Keluarga Malaysia yg diadakan di Stadium Utama Kangar,Perlis
Sembang santai ini bertujuan untuk perkongsian pengalaman daripada pihak Perbadanan Putrajaya berkaitan "Smart Putrajaya".Turut hadir bersama dalam sessi perkongsian ini adalah pengurusan tertinggi Perbadanan Putrajaya.
Taklimat Smart Putrajaya oleh Tuan Mohd Musabri Bin Shaharom, Seksyen Smart City, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
Taklimat ini diadakan di Khemah Pentas Utama / Booth Pameran Agensi sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Turut hadir bersama Tuan Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.